INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH
BUAT SEMUA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN
KEPADA
KEDUA ANAK KAMI
ADIK KHAULAH DAN KAK HAJAR.
SEKIAN TERIMA KASIH
Kaherah (Mesir) 25 Oktober 2007 : Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, sebuah keluarga yang sederhana redha menerima ujian penyakit glaucoma (penyakit mata) ke atas dua anak mereka.
Khaulah, anak bongsu Ustaz Mohd Razi bin Musa , berasal dari Kampung Mak Chili Kemaman, Terengganu telah menjalani pembedahan glaucoma (bahagian mata ) di Hospital Kanak-Kanak, Universiti Kaherah Mesir pada hari Rabu ( 23/10/2007) yang lepas.
Beliau adalah pelajar peringkat Masters di Jamiah al Amerikiah al Maftuhah ( American Open University ) Kaherah dan sedang menyiapkan penulisan tesis Sarjanannya. Beliau mempunyai tiga orang anak, Hajar anak sulungnya juga sudah menjalani rawatan ini di Malaysia sebelum ini.
Selepas rawatan pembedahan Khaulah, doktor disini menahan di wad Hajar untuk pemeriksaan selepas pembedahan Khaulah. Doktor disini mengesahkan Hajar juga perlu dirawat secara pembedahan kerana keadaannya yang juga kritikal seperti adiknya.
Menurut Ustaz Razi, beliau sudah membayar kos permulaan bagi pembedahan ini untuk dua anaknya lebih daripada RM 2000.00 dan menjangkakan kos ini akan bertambah. KOs ini tidak mencangkupi jumlah kesemuanya , bahkan ini hanya untuk sebelah mata sahaja. Bermakna kos yang terpaksa ditanggung menjangkau RM 10 000.00 untuk melengkapkan 4 kali pembedahan.
Beliau sekeluarga amat menghargai bantuan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan sedikit pembelanjaan perubatan anak-anaknya.
Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah beliau sekeluarga melalui akaunya sendiri di Akaun (HSBC) 032 036 832 011. Untuk maklumat lanjut, hubungi beliau di talian (+2)010-6592769.
*Laporan disediakan oleh Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin dan Ustaz Shafizi Ismail yang melawat beliau di hospital pada hari Khamis 25.10.2007
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman TAJUK utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa. Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini. Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :- 1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700. 2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224. 3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan). 4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap. 5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254. 6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56. 7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta. Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :- Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :- 1) Firman Allah s.w.t وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 ) 2) Disebutkan dalam hadith :- لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :- 1) Sebuah hadis :- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99) 2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :- إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 ) 3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :- قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi ) Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib. Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :- Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam. Hukum : Haram kerana menipu. Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama. Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam. Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu. Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan. Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja. Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal. Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain. Nabi Muhammad menceritakan :- ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Beberapa Bentuk Lagi
1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.
2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan
3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.
5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.
8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"
Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yan gterlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.
Helmi Khalid | |
KUALA KEDAH, 25 Okt (Hrkh) - Hasil kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dengan Jawatankuasa Khas Semakan Kenaikan Cukai Tanah, Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen mengumpul tandatangan rakyat di Pasar Besar Alor Star, Jalan Lencong Barat, pada 26 Oktober ini (esok).
Menurut Ketua Penerangannya, Ramli Shafie, kempen ini telah dijalankan di beberapa kawasan perumahan dan pada 26 Oktober ini bermula jam 9.00 pagi adalah kemuncak kempen mengumpul tandatangan tersebut dan bakal diserahkan kepada PAS Kedah. "Kempen ini mendapat respon yang baik, ini adalah tanda bantahan rakyat terhadap kenaikan cukai tanah yang terlalu tinggi selepas Alor Star dinaikkan taraf sebagai Majlis Bandararaya. "Kenaikan amat melampau, ada yang mencecahkan melebihi 300 peratus dari kadar asal, jadi apabila semua masyarakat menganggap ia adalah satu bebanan, selepas PAS Kedah melancarkan kempen kumpul tandatangan sebagai tanda protes, Pemuda Kuala Kedah memilih pasar besar tersebut sebagai destinasi terakhir kempen," ujar beliau. Menurutnya, pihaknya akan membuka tiga kaunter di sekitar pasar itu pada 26 Oktober ini iaitu di hadapan pintu masuk utama sebuah pasar raya di pasar berkenaan, berdekatan deretan rumah kedai dan pintu masuk berhampiran gerai santan. "Kita tidak ada pilihan lain selain membantah, kenaikan boleh dibuat, tetapi bukannya kenai cukai yang membebankan rakyat, padahal khidmat majlis Bandaraya makin buruk setiap hari, kita akan bantah hingga ada satu semakan baru dibuat oleh MBAS selepas ini," sambungnya lagi. - mks. |
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 24 Okt - Kerajaan telah meluluskan pembayaran pampasan sebanyak RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak lama dahulu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, seperti dilaporkan Bernama. "Jumlah ini termasuk tuntutan bayaran kerja yang telah dilaksanakan di tapak, yang berjumlah RM55 juta menjadikan jumlah sebenar pampasan adalah sebanyak RM237 juta," katanya menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang). Dr Hilmi berkata sebagai alternatif kepada pembatalan kontrak jambatan bengkok itu, kerajaan kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri bagi membina laluan tetap yang menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin. Beliau berkata kerajaan menamatkan dua buah projek iaitu pembinaan jambatan tersebut dan pembinaan Loji Rawatan Terminal Sisa Pepejal di Broga, Selangor sepanjang lima tahun lepas. Namun bagi projek insinerator di Broga, jumlah bayaran pampasan masih belum diputuskan dan kerajaan sedang dalam proses membuat semakan dan perbincangan dengan pihak kontraktor berkenaan, katanya. "Pada masa ini sisa pepejal dari kawasan Kuala Lumpur dilupuskan ke tapak pelupusan di Bukit Tagar," katanya. Menjawab soalan Dato' Goh Siow Huat (BN-Rasah), Dr Hilmi berkata kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan bandar Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai kawasan zon perdagangan bebas. Bagaimanapun Port Dickson akan dibangunkan sebagai zon kesihatan untuk menarik lebih ramai pelancong bagi tujuan perubatan, katanya. |
Keyveas Makan Anak Tebuan?
Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP. Datuk M Keyveas pula seolah-olah termakan anak tebuan garangnya. Kenapa dan apa latarbelakangnya kisah ini ?
Bahagi Kerusi Khamis Ini?
Komponen BN akan berhimpun di PWTC petang Khamis ini untuk urusan membahagi-bahagikan kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12. Betul ke? Mungkinkah sengatan Datuk Seri Ali Rustam ke atas PPP baru-baru ini jadi isu yang amat bisa?
PRU12 Hujung November?
Raja Petra Kamarudin menulis dalam column The Corridors Of Power, Malaysia Today: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka umumkan PRU12 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 9 November 2007 ini. Seorang toyol hantar mesej sebentar tadi, mengatakan ramalan RPK itu mungkin 90 peratus jadi kenyataan. Betullah kata feng-sui tu ya?
Dua Puak Senaraikan Calon?
Ada dua puak BN sedang aktif menyediakan senarai calon PRU12. Siapakah mereka? Kenapa sampai jadi begitu?
Siapa Main Politik?
Perhimpunan sehari wakil-wakil rakyat BN (negeri dan pusat) di Putrajaya Convention Centre dijadualkan 19 Oktober 2007 lalu dibatalkan di saat akhir. Kenapa? Benarkah kerana ada politicking di sebalik pembatalan ini? Siapa main politik?
Dua Menteri Gawat?
Dua orang menteri kita sedang dicengkam masalah peribadi yang amat gawat akibat keterlanjuran mereka sendiri. Anda akan terkejut besar kalau tau kisah ini. Siapa mereka? Apa sebenarnya cerita mereka?
Pasal Dia Orang Singapura?
Polis dah edar fotofit lelaki keturunan Cina yang disyakki melakukan rompakan di sebuah kedai jam branded di Suria KLCC pada senja menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Kenapa berita tu sepi sahaja tanpa susulan? Kerana yang terbabit mungkin rakyat Singapura?
Cerita di atas bukan gossip. Kesemuanya ori dan benar. Anda yang mengetahui kisah lanjut mengenainya harap tak keberatan untuk berkongsi cerita melalui blog ini. Terima kasih.
Intan Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar Suruhanjaya Pilihan raya mencontohi negara rakan komenwel Malaysia, yakni Australia yang berkongsi warisan pentadbiran Inggeris (Westminster) Pada 14 Oktober lalu, Perdana Menteri Australia, John Howard membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pengundian yang akan berlangsung pada 24 November, 2007. Ini bermakna, parti-parti politik yang bertanding di Australia mempunyai jangkamasa kempen yang panjang selama 42 hari dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada pengundi-pengundi mereka berdasarkan perlembagaan Australia yang menyatakan tempoh berkempen ditetapkan minima selama 35 hari atau lima minggu. "Malangnya, di Malaysia, keadaan berlaku sebaliknya; terkebelakang. Dalam pilihan raya persekutuan pertama Malaya pada tahun 1955, tempoh pilihan raya ialah 42 hari. Ia dijalankan selama lima minggu atau lebih kurang 35 hari bagi tiga pilihan raya awal (1959, 1964, dan 1969) selepas kemerdekaan; dan dipanjangkan tempoh tersebut selama dua minggu pada pilihanraya 1974, 1978 dan 1982," kata jurucakap Bersih , Animah Ferrer dalam satu kenyataan di sidang media Bersih di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut Isnin lalu. Beliau yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Mahathir Mohamad jangkamasa kempen bagi empat pilihan raya berikutnya (1986, 1990, 1995, 1999), pilihan raya diadakan sama ada sembilan atau sepuluh hari sahaja. Kemudian ada pilihan raya 2004, tempoh kempen pilihan raya dipendekkan lagi kepada lapan hari sahaja. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya, Tan Sri Rashid Abdul Rahman ada memberi isyarat bahawa pada pilihan raya akan datang ini, negara mungkin mempunyai tempoh kempen yang lebih panjang daripada PRU sebelum ini, sungguhpun begitu ia "tidak melebihi dua minggu". Justeru, Bersih mendesak supaya satu tempoh kempen pilihan raya yang adil selama 21 hari, separuh daripada apa yang pernah dijalankan pada 1955 bagi memberi laluan kepada para pengundi mengenali calon-calon serta meneliti bahan-bahan kempen yang dibawa dalam kempen masing-masing. "Tempoh tersebut adalah penting terutama sekali bila mana media elektronik perdana hanya bersebelah pihak dalam liputan-liputan mereka. Satu jangkamasa yang lebih panjang akan memberikan satu lapangan yang lebih adil dan memberi peluang kepada warganegara supaya mereka dapat meneliti calon-calon mereka dalam satu wadah yang lebih bermakna," tegasnya mengakhiri kenyataan akhbar tersebut. Mutakhir ini, pelbagai pihak sedang berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum yang dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Bahkan ada yang menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen sebelum selesainya pembentangan Belanjawan 2008. - mr |
Pegawai terbabit dikesan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada, yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002.
Pada 7 Julai lepas, Yang Dipertua PAS Serdang Dr Shafie Abu Bakar mendedahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Selangor telah memindahkan lokaliti 1,402 pengundi dari kawasan Hulu Langat dan Kajang ke Serdang dan Bangi, Selangor supaya dapat mengurangkan sokongan dan undian kepada Barisan Alternatif (BA) pada pilihanraya umum akan datang.
Tindakan ini telah dilakukan secara sembunyi pada tahun 2005, setahun selepas pilhanraya umum 2004 tanpa pengetahuan para pengundi yang terlibat dan dijangka akan mengakibatkan kekeliruan termasuk mengulangi sejarah 'kekecohan' pada hari pengundian berikutan daftar pemilih yang berbeza pada saat akhir seperti yang pernah berlaku di Gombak, Selangor.
Pengendalian perjalanan pilihan raya umum dan beberapa pilihan raya kecil di negara ini telah dipertikai oleh pembangkang terutamanya yang melihat SPR sebagai agen bagi Umno dan BN untuk mengekalkan kuasa.
Di dalam pilihan raya 2004, terdapat laporan mengenai kehilangan 10,245 kertas undi bagi Parlimen Kuala Terengganu; bagaimanapun Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika itu hanya menyatakan kehilangan itu kerana pengundi membawa pulang kertas undi sebagai koleksi kenang-kenangan.
Kenyataannya itu telah diselar oleh pelbagai pihak termasuk wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), R.Sivarasa.
Mengulas lanjut kenyataan Abdul Rashid, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR itu sebenarnya sengaja tidak mengendahkan perkembangan-perkembangan terkini di mana Mahkamah-mahkamah telah menyatakan dengan jelas peranan yang sepatutnya dimainkan oleh SPR dalam menjayakan pilihan raya secara keseluruhan.
Malah kenyataan Abdul Rashid itu, tegas beliau hanyalah untuk menyelamatkan SPR yang sebenarnya diperkudakan oleh BN untuk mengekalkan kuasa.
Pengerusi SPR itu sebenarnya menjawab bagi pihak BN dan dalam banyak kes membuktikan bahawa pengendalian pilihan raya oleh SPR sebenarnya hanya menyebelahi pihak BN, katanya.
Sebagai contoh katanya, pada tahun 2001, Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan Pilihan Raya bagi Likas, Sabah atas alasan senarai pemilih bagi pilihan raya yang diadakan pada tahun 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang kerana adanya pengundi hantu dibenarkan mengundi pada hari pembuangan undi.
Dalam penghakimannya, Muhammad Kamil telah menyatakan bahawa SPR gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam mengesah, menggazet senarai pemilih yang mencurigakan di samping banyak laporan yang dibuat ke atas kepincangan SPR, katanya.
Awang Harun Sun | Oct 21, 07 | 11:40:35 am MYT | |
MARANG, 21 Okt (Hrkh) - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) menyambut baik serta menantikan pelaksanaan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Oktober di negeri ini. Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda. Namun begitu, kebimbangan turut terpancar kerana dikhuatiri anak tempatan terpinggir serta sekadar menjadi pemerhati. Yang DiPertuanya, Dato’ Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata DPMMT menaruh harapan yang tinggi agar pembangunan itu dapat meningkatkan usahawan tempatan di negeri ini. Katanya, 95 peratus usahawan tempatan di negeri ini adalah berbangsa Melayu yang perlu diberi perhatian dan fokus utama. “Antaranya, penglibatan anak tempatan yang mana ianya diberi tumpuan kepada usahawan tempatan kerana jika ia terbuka, kita bimbang orang Melayu akan menjadi lemah dan ketinggalan,†ujarnya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada penghuni Rumah Sejahtera Taman bahagia Bukit Payong, baru-baru ini. Katanya, sejumlah RM112 bilion akan dilaburkan dalam Koridor Pantai Timur (ECER) itu dan 40 peratus daripadanya dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur dan pengangkutan. Menurutnya, penglibatan dalam pembangunan ekonomi mungkin sukar bagi rakyat tempatan kerana kurang kepakaran tetapi boleh dalam infrastruktur dan pengangkutan. “Saya lihat jika penglibatan dalam pembangunan ekonomi mungkin rakyat tempat sukar untuk menyumbang kerana kurang keupayaan. “Sebab itu, saya harap dalam pembangunan infrastruktur dan pengangkutan diberi keutamaan kepada anak tempatan supaya kita bukan sekadar menjadi pemerhati,†ujarnya. - mns |
Basiron Abdul Wahab Thu | Oct 18, 07 | 11:03:25 am MYT | |
Malang sungguh bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak sedang belajar di sekolah rendah dan menengah ditipu kerajaan Malaysia melalui Bajet 2008 yang memansuhkan yuran persekolahan mulai sesi pengajian Januari depan. Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda. Media cetak dan eletronik pengampu menggambarkan penghapusan yuran persekolah itu suatu hadiah kepada rakyat, media menemuramah ibu bapa pelajar dan menyiarkan komen positif terhadap pengahapusan yuran pesekolahan itu. Ada yang mangatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat dari kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji Perdana Menteri setinggi langit kerana membentangkan bajet pemurah itu. Namun realitinya bukanlah sebagaimana yang dihebohkan, nilai yuran yang dimansuhkan itu hanya RM4.50 (sekolah rendah) dan RM9.00 (sekolah menengah) setahun atau hanya 0.38 dan 0.75 sen sebulan!. Apakah nilai itu dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat? Hanya orang tidak siuman sahaja yang menilai 0.38/0.75 sen sebulan sebagai tinggi yang boleh memberi nilai tambahan kepada. Itu lah digambarkan oleh media serta individu yang diwawancara. Sunggu bengong mereka itu!. Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar menasihatkan ibu bapa supaya jangan terkeliru (dengan penghapusan yuran persekolahan seperti disebutkan didalam Baget 2008). Noh dilaporakan berkata ibu bapa hendaklah memahami hanya yuran persekolahan (bernilai 0.38 dan 0.75 sebulan) itu sahaja yang dimansuhkan manakala bayaran lain tetap tidak berubah. Ertinya ibu bapa tetap akan membayar ratusan ringgit untuk pelbagai yuran sekolah pada hari pertama persekolahan anak mereka nanti Itu lah realitinya, beban ibu bapa tetap tidak berhapus dengan pengumuman Bajet 2008 yang menghapuskan yuran sekolah!. Penjelasan Noh itu adalah jawapan tepat terhadap terhadap rakyat bahawa kerajaan sebenarnya telah menipu dan mengelirukan rakyat dengan mewar-war pemansuhan yuran perseolahan didalam baget 2008 lalu sedangkan hakikat sebenarnya kerajaan tidak bersedia untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malaysia adalah negara pengeluar minyak tetapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana pada ketika harga minyak dunia naik mendadak kerajaan pula mengurangkan subsidi minyak kepada rakyat menyebabkan harga minyak dipasaran tempatan naik dan rakyat menanggung kos hidup sara yang lebih tinggi manakala syarikat minyak negara (Petronas) mengaut untung berlipat kali ganda. Keuntungan petronas kira-kira RM70 billion pada tahun lalu tidak memberi manfaat kepada rakyat. Rakyat akan menerima manfaat daripada kebaikan harga minyak jika sebahagian kecil daripada keuntungan petronas itu disalur sebagai subsidi pelajaran yang dapat memberi pendidikan percuma kepada generasi muda. Bagaimanapun kerajaan lebih suka membelanja keuntungan hasil minyak anugerah Tuhan itu untuk kegiatan kurang bermanfaat seperti menganjur perlumbaan kereta Formula 1 dan membina bangunan tertinggi di dunia (satu waktu dulu). menara berkembar Petronas. Jelas sekali pemberian Allah melalui penemuan minyak dan gas diperut bumi negara ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat. Bebeza dengan sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak dimana rakyatnya mendapat pendidikan percuma dari peringkat rendah hinggalah keperingkat tertinggi. Ia bertujuan untuk melahirkan warga negara berpendidikan dan berilmu. Jika pemimpin bercakap soal modal insan….ini lah masanya untuk menggunakan kekayaan minyak dengan memberi pendidikan percuma kepada rakyat sekurang-kurangnya setakat sekolah rendah dan menengah. Kerajaan boleh melakukanya jika mahu jangan biarkan hasil minyak anugerah Allah itu diguna untuk membiayai perkara tidak perlu atau untuk memenuhi nafsu pemimpin yang berkuasa. Ingat Minyak adalah anugerah Allah, bila-bila masa Allah boleh menarik balik nikmatnya sebagaimana berlaku kepada Iraq! - mr |