2007/11/23

Sejarah Membuktikan UMNO Pengkhianat Bangsa dan Negara

Video Klip Oleh al-bakistani/greenboc

aBerikut ialah video klip bersiri yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama ini. Ia dapat di lihat di dalam siri video klip ini dimana terbukti pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu slogannya ialah "Hidup Melayu" tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan "Merdeka".


UMNO sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan perjuangan rakyat. Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga yang telah dibuang negeri. Ikutilah kisah menyayat hati tentang pembohongan UMNO yang telah merampas "panji kemerdekaan" dan dengan angkuh memadam sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan untuk mendabik dada tanpa segan silu kononnya UMNOlah pejuang kemedekaan Tanah Melayu.

2007/11/19

234,983 remaja tak masuk tingkatan 1

Komentar Oleh mujahid304

" Memeranjatkan 234,983 remaja tak masuk ke Tingkatan 1. Kenapa? Tak mampu? Miskin, Papa Kedana? Sistempelajaran yang berkecamuk? Tak boleh ikut sabjek Sains, Matematik, B.Inggeris? Apa akan jadi padamereka ini? Penganggur? Mat Rempit? Bohsia? Penagih Dadah? Pendatang Tak Asing? Apa Tindakan Anda?

...ni hasil pentadbiran di bawah kerajaan BN....hangpa yang masih dok sokong BN kasi buka minta tu luas-luas...!!!

Bimbang pelajar cicir Utusan Malaysia 8 Nov 2007 KUALA LUMPUR 8 Nov." UMNO Selangor hari ini melahirkan kebimbangan mengenai masalah keciciran yang banyak berlaku di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara terutama di kalangan pelajar tingkatan satu.

Wakil Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Lele Suzana Kudari meminta kerajaan segera mengatasi masalah tersebut dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang lebih sempurna.

Beliau melahirkan kebimbangan itu berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan dalam Persidangan Meja Bulat Berkaitan Agenda Melayu Pasca 50 Tahun Merdeka yang dikeluarkan Yayasan Kajian dan Strategik Melayu pada 20 Oktober lalu.

"Terdapat sejumlah 234,983 atau 10 peratus daripada keseluruhan 2,373,193 pelajar tahun satu tidak memasuki tingkatan satu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gombak berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

2007/11/03

Episod-episod mendebarkan sebelum pilihan raya umum

Roslan Shahir
Tue | Oct 30, 07 | 5:11:27 pm MYT

Banyak peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini membayangkan betapa hangatnya situasi politik tempatan dan betapa semakin hampirnya bahang pilihan raya umum. Cepat atau pun lambat ia diisytiharkan, yang jelasnya semua pihak sudah tertumpu ke arah itu. PAS sendiri terus mengerakkan langkahnya bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan, cepat atau pun lambat tarikhnya.

Minggu lepas Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pulang ke tanahair setelah berjaya dengan misi beliau di London. Tuan Guru telah menyaman salah sebuah akhbar terbesar di sana iaitu Daily Mirror kerana menerbitkan berita berupa fitnah terhadap beliau dan PAS.

Akhbar tersebut akhirnya bersetuju memohon maaf dan mengakui bahawa tokoh al-Qaeda yang mereka maksudkan itu bukannya Tuan Guru (tetapi orang lain) dan Tuan Guru selaku Presiden PAS sememangnya berjuang atas landasan demokrasi dan tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan keganasan.

Tuan Guru pulang ke tanahair dengan memungut pamapasan sebanyak RM500,000 dari akhbar berkenaan. Yang pentingnya ia turut merupakan kejayaan moral yang membuka mata dunia dari tokoh PAS itu dan perjuangan parti ini.

Sementara itu saya pula berkesempatan menemani Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam majlis meraikan beberapa tetamu dari badan-badan Islam Australia atas anjuran Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia.

Rakan sekampus

Rombongan itu diketuai Presiden Persekutuan Majlis-majlis Islam Se-Autralia, Haji Ikebal Patel, dan mereka telah menghabiskan beberapa hari di Malaysia. Kebetulan salah seorang Imam dari Masjid Sydney yang menganggotai rombongan itu merupakan rakan sekampus Tuan Guru Presiden dan Ustaz Harun Taib (AJK PAS Pusat) semasa mereka menuntut di Universiti Madinah dahulu.

Kesempatan 'engagement' ini telah digunakan untuk menerangkan darihal situasi politik dan demokrasi di Malaysia dan peranan PAS. Rupa-rupanya ramai sahabat-sahabat seagama di Autralia tidak arif akan sepak terajang politik di Malaysia serta kepincangan sistem demokrasinya.

Jelas apa yang mereka perolehi dari kami akan mereka gunakan untuk menerangkan di sana nanti tentang bagaimana layanan yang PAS sebagai sebuah gerakan Islam, sebenarnya hadapi di Malaysia.

Sesungguhnya kesempatan untuk berjumpa dengan pimpinan PAS itu dipohon sendiri oleh rombongan ini melalui Suruhanjaya Tinggi Australia dan keesokan harinya mereka dijadualkan bertandang ke Kelantan pula dan akan bertemu dengan Tuan Guru MB Kelantan.

Demikianlah betapa minatnya badan dan gerakan Islam luar negara tentang PAS di sini sekaligus membuktikan pentingnya peranan PAS sebagai sebuah gerakan Islam dalam negara ini.

Sementara itu ramai pihak terus memperkatakan darihal kontroversi video peguam VK Lingam yang didedahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dari istana sehingga ke Majlis Peguam, kabinet sehingga ke Parlimen, ternyata isu video ini hangat dan saya yakin akan terus membakar lanskap politik tanahair menjelang pilihan raya umum ke-12 ini.

Hujung minggu lalu PAS menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitrinya di Markas Tarbiyah Taman Melewar. Seluruh pimpinan PAS Pusat hadir diketuai Tuan Guru Presiden. Apa yang diperhatikan kehadiran tahun ini jauh lebih besar dari tahun lepas dengan jangkaan sekitar 20,000 orang pengunjung.

Saya perhatikan anak-anak muda begitu ramai yang hadir kali ini. Mungkinkah ini petanda lonjakkan sokongan kaum muda terhadap PAS, wallahualam.

Pejabat Agung PAS baru-baru ini dikunjungi pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang diketuai Naib Presidennya, R. Sivarasa dan Setiausaha Agung Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberikan taklimat perkembangan terbaru kes video ini.

Majlis berjalan dalam suasana penuh mesra dengan PAS membariskan pimpinan terkanan bermula dari Tuan Guru Presiden sendiri, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Mohd Sabu, Dato' Kamaruddin Jaffar, Mahfuz Omar dan lain-lain dalam taklimat tertutup ini.

Kedua-dua pihak bersetuju yang isu penting yang mencabar kewibawaan Badan Kehakiman negara ini perlu diperjelaskan sebaik-baiknya kepada rakyat jelata. Sesungguhnya isu ini kait-mengait dengan banyak kes lain yang jelas telah membuktikan ketempangan sistem keadilan di dalam negara kita.

Telus, saksama

Rakyat perlu faham bahawa sistem keadilan yang telus dan saksama hanya dapat dibina apabila Institusi Kehakiman itu sendiri dianggotai oleh mereka yang bersih dan berwibawa.

Bagaimanapun dalam majlis tersebut, Tuan Guru Presiden telah mengingatkan kedua-dua pihak PAS dan KeADILan agar tidak hanyut dengan gelombang baru ini. Kata beliau, jangan ditenggelamkan gelombang-gelombang yang lain apabila berlaku gelombang ini.

Memang kebelakangan ini banyak isu besar yang terdampar di hadapan kita, kesemuanya perlu digarab dan diterangkan kepada rakyat sebaik mungkin. Isu rasuah, pembaziran, kenaikan kos hidup, Tragedi Batu Burok, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara dan kini video VK Lingam ini kesemuanya perlu dihidangkan kepada rakyat agar mereka sedar dan segera menuntut perubahan.

Masa bagi PAS dan PKR untuk berehat dan bersantai sudah tamat. Sekarang masa untuk bekerja dan meyakinkan rakyat untuk menuntut perubahan. Segala isu dan perbezaan dalaman, jika pun ada, juga sepatutnya telah selesai. Rakyat kini berada di persimpangan, mereka terdesak untuk membuat perubahan.

PAS dan KeADILan perlulah bersedia untuk menawarkan alternatif yang meyakinkan buat mereka. Kita robohkan BN yang sudah usang ini dan kita gantikan dengan gabungan dinamik PAS dan KeADILan demi keselamatan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS

Menjelang perhimpunan Umno, Khairy perlu jawab 10 isu

Menjelang perhimpunan Umno, Khairy perlu jawab 10 isu
Murtadza Ibrahim
Fri | Nov 02, 07 | 2:23:08 pm MYT

Baru-baru ini dalam Berita Harian (31 Oktober 2007) Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata dia sedia menerima sebarang kritikan terhadapnya secara terbuka terutama status sebagai menantu Perdana Menteri yang dipandang serong ramai pihak.

Dia berkata, ketika menyertai politik lebih tujuh tahun lalu dia sudah bersedia untuk segala kritikan yang dianggapnya sebagai asam garam politik.

“Apabila saya memilih bidang ini (politik) saya harus menerima dan sedia untuk segalanya. Saya bukan jenis orang yang hanya melakukan sesuatu dengan cukup syarat. Kalau itu yang saya lakukan tiada guna saya berada dalam politik.

“Rakyat akan menjadi HAKIM kepada kepemimpinan kita. Mereka boleh tidak mengundi kita pada pilihan raya jika merasa kita tidak melakukan tanggungjawab dengan baik,” tambah beliau dalam Majlis Cempaka Annual Leadership Night 2007 di Sekolah Sri Cempaka Cheras.

Bekas pelajar Oxford ini dipetik sebagai berkata, sebagai pemimpin tidak semua keputusan diambilnya difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan.

Khairy tidak salah berkata demikian di dalam politik Umno dan politik Malaysia. Tiada undang-undang yang tidak membenarkan menantu, anak mahupun saudara mara berada di dalam politik. Bukan sahaja undang-undang Malaysia tetapi juga undang-undang di negara-negara luar juga juga tidak termaktub keluarga dilarang menyertai politik.

Tetapi Khairy tersilap apabila berkata sebagai pemimpin semua keputusan diambilnya tidak difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan. Melainkan umat yang kurang berpendidikan atau di bawah sedar, semua faham mengenai pemimpin. Majoriti pemimpin tertinggi dunia faham tiada anak atau menantu yang menjadi ahli politik semasa mereka berkuasa. Anak dan menantu akan menjadi ahli politik sepenuh masa apabila ayah atau ibu mereka berhenti mahupun dipecat.

Yang paling hampir, semasa era Tun Dr Mahathir Muhamad, beliau tidak membenarkan anaknya Dato Mokhzani aktif di dalam politik walaupun sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda Umno. Dr Mahathir dan pemimpin tertinggi Umno yang cerdik begitu faham dengan peranan 'kuasa' seandainya anak atau menantunya terbabit dalam politik Umno. Anak dan menantu yang mahu berniaga tidak memberi impak besar kepada pemimpin tertinggi mahupun rakyat tetapi peranan 'kuasa' bukan sahaja boleh menghancurkan pemimpin terbabit bahkan parti yang didokonginya.

Oleh kerana Khairy sememangya bersedia untuk mendengarkan kritikan secara terbuka, dia perlu terlebih dahulu menjawab 10 perkara sebelum diajukan 10 perkara yang lain. 10 perkara tersebut adalah:

* Apakah kemenangan beliau tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Umno pada tahun 2004 adalah kerana kekuatan, kewibawaan dan populariti peribadi sendiri tanpa dikenali sebagai menantu Presiden Umno?

* Apakah benar beliau tidak terbabit menjatuhkan Dato Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu yang dimenangi oleh Hj Mohd Ros @ Zulkifli Ahmad.

* Apakah sebab dengan kedudukan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan menantu kepada Presiden Umno, beliau tergesa-gesa menghantar pasport antarabangsa Dato Seri Anwar di kediaman Dato Seri Anwar di Bukit Damansara? Apakah Presiden Umno ini tidak mengetahui langsung sedangkan bekas Timbalan Presiden Umno ini akan memegang jawatan Penasihat KeADILan? Bagaimanakah perasaan Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien serta ahli Umno yang lainnya?

* Semasa Dr Mahathir menyebut mengenai penjualan MV Augusta dengan harga satu euro sahaja, hanya Khairy sahaja yang menjawab secara 'detail' semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian-bahagian pada tahun 2006 lalu. Dia hanya Naib Ketua Pemuda dan bukannya mempunyai jawatan dalam kerajaan mahupun kabinet. Kenapa bapa mentuanya tidak menjawab ketika itu?

* Apakah benar beliau tidak pernah terbabit di dalam Khazanah Holding semasa saorang individu dari negara India (kini sudah tiada) dalam meluluskan beberapa projek di luar negara? Pernahkah beliau mengarahkan segala minit mesyuarat tidak perlu dihantar kepada Dato Shahrir Samad selaku Pengerusi PAC di dalam beberapa projek di Khazanah Holding?

* Apakah benarkah beliau tidak pernah terbabit untuk menukarkan dua orang pegawai polis di KLIA dalam tempoh 24 jam kerana memeriksa pasport antarabangsanya mengambil masa yang lama? Benarkah dua orang pegawai polis terbabit kini bertugas di sekitar negeri Selangor?

* Apakah benar beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana Menteri Besar atau Menteri Kabinet supaya memberikan projek kepada kroni beliau? Begitu juga ibu beliau tidak terbabit?

* Apakah dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, TV3 boleh menyiarkan program realiti My Team secara live pada Mei 2006 dan Oktober 2007 sedangkan untuk menyiarkan perlawanan yang membabitkan negara begitu sukar sekali?

* Apakah benar dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, begitu kerap akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita beliau walaupun ia tidak mempunyai nilai berita (news value)?

* Apakah pekerjaan beliau sekarang sebaik sahaja melepaskan jawatan Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra? Adakah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno mempunyai gaji yang begitu lumayan sehingga beliau boleh bergerak merata tempat dan kononnya mempunyai beberapa orang pegawai peribadi? Kenapa kes ECM-Libra masih belum diumumkan siasatannya jika mempunyai isu yang `mencurigakan’?

Ini adalah 10 perkara yang perlu Khairy jawab sebelum 10 perkara lain akan ditimbulkan untuk mengelakkan kewibawaan dan kehebatan beliau tercalar; bukan disebabkan sebagai menantu kepada Perdana Menteri dan tidak pernah menggunakan pengaruh kuasa dalam situasi tersebut.

Khairy boleh menjawab dia bersedia dengan segala kritikan terhadap dirinya secara terbuka dan begitu juga dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menyebut dia bersedia mendengar kritikan walaupun pahit.

Masyarakat umum sudah mengetahui dengan sikap pemimpin dan ahli Umno terutamanya semasa berlangsungnya Persidangan Agung Umno 2007 yang bermula pada 5 November depan. Tetapi masyarakat umum akan menjawab kenyataan menantu Abdullah Ahmad Badawi yang menyebut Rakyat Akan Menjadi HAKIM kepada kepimpinan kita. Mereka BOLEH TIDAK MENGUNDI jika merasa kita tidak lakukan tanggungjawab dengan baik.

Khairy tidak perlu risau jika dia menjadi calon BN, Ahli Parlimen mahupun Adun di Negeri Sembilan. Tetapi Khairy perlu berhati-hati dan 'sedikit risau' dengan kedudukan bapa mentuanya selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Apakah rakyat kita masih menerima dengan kedudukan BN yang menang besar tetapi menghadapi kenaikkan harga gas dan taraf hidup berbanding dengan kedudukan wujudnya pembangkang yang kuat? Tepuk dada tanya selera. Mungkin Khairy yang sedang 'berselera' sekarang!

2007/11/01

BELAJAR SUSAH,MENYUSAHKAN DIRI,SENGAJA MENCARI SUSAH

Tajuk yang agak penting untuk difahami pada dekat ini.insya Allah akan dikupaskan oleh fadhilatul ustazah rusiah sebentar lagi…

Takrif susah:

1-kamus dewan bahasa dan pustaka...(bersambung)

ADIK KHAULAH


ADIK KHAULAH

BIODATA

NAMA: KHAULAH MOHD RAZI
TARIKH LAHIR:
26 JAMADIL AKHIR 1428 HIJRAH/ 11 JULAI 2007
TEMPAT LAHIR: MESIR
UMUR SEKARANG : 3 BULAN

Assalamualaikum...saya puteri khaulah...puteri yang ke tiga dalam family... sempena ramadhan yang tinggal penghujung ini khaulah nak ucapkan selamat menamatkan ibadat puasa dan selamat berhari raya..
Khaulah nak ucapkan berbanyak terima kasih atas doa saudara -mara di kampung terutamanya Wan,Nyang,mak long sekeluarga,angah sekeluarga, ayahteh sekeluarga,ayahchik sekeluarga dan ayah su sekeluarga.juga tak dilupakan tok de sekeluarga,tok long ma sekeluarga, tok teh sekeluarga, tok su[pok a] dan semua saudara mara dan kaum kerabat yang sentiasa mendoakan khaulah sekeluarga di sini.
moga Allah memberi ruang dan kesempatan untuk kita bersua muka di bumi Malaysia...bila ye...?

Asmaa
























Asmaa nama diberi. Saya ni anak Malaysia....orang Kemaman. Saya rasa saya ada sepupu yang akan bersekolah sama dengan saya nanti....Umur saya baru 2 tahun 8 bulan tapi saya agak lambat bertutur dengan baik tak macam kakak saya dulu. Tetapi kalau saya lapar saya akan beritahu umi...."makang" dan kalu belum kenyang saya akan beritahu pada umi.."nak lagi".
Saya nak ucapkan terima kasih pada Wan dan Mak Long sebab bagi banyak baju cantik...kakak punya saya punya... sebab saiz kami lebih kurang je hi hi hi.

kakak hajar
























Saya puteri sulong dalam keluarga . umur saya sekarang 4 tahun 9 bulan. Saya seronok tinggal di Mesir tapi agak sunyi kerana tiada kawan-kawan yang tinggal berdekatan. abang HAZIQ apa khabar ye? belajar rajin-rajin dan jangan lupa doakan kakak hajar di sini.

2007/10/28

ADIK KHAULAH SELEPAS PEMBEDAHAN MATA KIRI

ADIK KHAULAH SELEPAS PEMBEDAHAN MATA KIRI DI HOSPITAL UNIVERSITI KAHERAH

2007/10/26

SEKALUNG PENGHARGAAAN

KAMI SEKELUARGA
INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH
BUAT SEMUA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN
KEPADA
KEDUA ANAK KAMI
ADIK KHAULAH DAN KAK HAJAR.
SEKIAN TERIMA KASIH

Sumbangan kewangan meringankan beban

Thursday, October 25, 2007

Kaherah (Mesir) 25 Oktober 2007 : Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, sebuah keluarga yang sederhana redha menerima ujian penyakit glaucoma (penyakit mata) ke atas dua anak mereka.

Khaulah, anak bongsu Ustaz Mohd Razi bin Musa , berasal dari Kampung Mak Chili Kemaman, Terengganu telah menjalani pembedahan glaucoma (bahagian mata ) di Hospital Kanak-Kanak, Universiti Kaherah Mesir pada hari Rabu ( 23/10/2007) yang lepas.

Beliau adalah pelajar peringkat Masters di Jamiah al Amerikiah al Maftuhah ( American Open University ) Kaherah dan sedang menyiapkan penulisan tesis Sarjanannya. Beliau mempunyai tiga orang anak, Hajar anak sulungnya juga sudah menjalani rawatan ini di Malaysia sebelum ini.

Selepas rawatan pembedahan Khaulah, doktor disini menahan di wad Hajar untuk pemeriksaan selepas pembedahan Khaulah. Doktor disini mengesahkan Hajar juga perlu dirawat secara pembedahan kerana keadaannya yang juga kritikal seperti adiknya.

Menurut Ustaz Razi, beliau sudah membayar kos permulaan bagi pembedahan ini untuk dua anaknya lebih daripada RM 2000.00 dan menjangkakan kos ini akan bertambah. KOs ini tidak mencangkupi jumlah kesemuanya , bahkan ini hanya untuk sebelah mata sahaja. Bermakna kos yang terpaksa ditanggung menjangkau RM 10 000.00 untuk melengkapkan 4 kali pembedahan.

Beliau sekeluarga amat menghargai bantuan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan sedikit pembelanjaan perubatan anak-anaknya.

Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah beliau sekeluarga melalui akaunya sendiri di Akaun (HSBC) 032 036 832 011. Untuk maklumat lanjut, hubungi beliau di talian (+2)010-6592769.

*Laporan disediakan oleh Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin dan Ustaz Shafizi Ismail yang melawat beliau di hospital pada hari Khamis 25.10.2007

0 comments

Semoga Allah merahmatimu...[lanjutan kisah pelajar di Mesir terkorban akibat kemalangan jalan raya]



21 Oktober 2007 (Kaherah, Mesir) - "kalau saya mati, kebumikan saya di sini", Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah. Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Allahyarham adalah mahasiswa muadalah (twinnig-program KIAS dan Al Azhar) yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.


Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.

Jenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A'syir dan disembahyangkan di dataran Kompleks Melayu Hayyul A'sir selepas solat Zohor, keesokan harinya.

Dipetik dari blog PUTERA PUTERIKU

Syarikat judi membuat kebajikan di Hari Raya

* * * * * * * * *



Perkara ini pernah berlaku sebelum ini, kerana itu saya pernah menulis mengharapkan ianya tidak berulang lagi. Saya telah nyatakan bahawa kita jangan izinkan mana-mana industri atau perniagaan yang menjalankan aktiviti yang diharamkan oleh Islam dari mengeksploitasi atau mencemarkan program dan perayaan Islam, samada bagi tujuan kebajikan atau apa sekalipun.

Memang ramai yang bermurah hati dan mahu membantu khasnya semasa musim-musim perayaan. Tetapi bagi kita umat Islam, kita seharusnya prihatin dengan memilih dan menapis, agar tidak terkena atau tercurah hasil haram ke atas sebarang program kebajikan khasnya yang melibatkan mereka-mereka yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan, yang miskin, anak-anak yatim, cacat dan sebagainya.

Semalam akhbar NST muka 24 menyiarkan di bawah tajuk:

Bringing joy to special children

dimana syarikat perjudian Magnum Corp Bhd. yang mengendalikan perjudian empat nombor ekor, telah bermurah hati, menyerahkan duit raya dan makanan serta hadiah kepada 95 orang kanak-kanak istimewa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif di Kuala Lumpur.
Kanak-kanak ini terdiri dari mereka yang menghidapi down syndrome, autisma dan lain-lain yang berkaitan dengan akal dan kecerdasan.

Pengurus Wilayah Tengah Magnum, Stephanie Ang, menurut laporan berkenaan telah menyerahkan hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik dari kalangan murid-murid ini serta menyerahkan RM1,000 dari ENE Selangor Sdn Bhd bagi tabung program kebajikan sekolah berkenaan.

Guru Besar sekolah adalah Naseh Hassan (saya percaya beragama Islam). Dan kalau kita lihat dari gambar NST ini jelas murid-murid ini anak-anak Melayu belaka. Inilah yang kita sangat bimbangkan. Apakah Guru Besar dan PIBG sekolah ini tidak tahu bahawa Magnum menjalankan aktiviti judi yang diharamkan oleh Islam? Bagaimana kita boleh memberi laluan sehingga hasil duit haram ini dimakan dan digunakan oleh anak-anak kita?

Apakah orang Islam sudah tidak ada maruah lagi sehingga sanggup meminta-minta dari syarikat seperti ini sedangkan di Bursa Malaysia beratus lagi syarikat korporat yang bersih dari kacamata Islam. Atau apakah kita sudah diberi kuasa menghalalkannya atas nama kebajikan? Dimanakah pergi pihak yang sepatutunya membela, memelihara dan menjaga maruah dan kehormatan Islam.

posted by Roslan SMS 11:43:00 AM|Comments (8)|

2007/10/25

Beberapa cara untung atas angin yang selalu dikerjakan tapi sebenarnya haram!

Beberapa cara untung atas angin yang selalu dikerjakan tapi sebenarnya haram!

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

TAJUK utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.

2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.

3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).

4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.

5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.

6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.

7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-


  • 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
  • 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
  • 3) Salah teknikal dan pengiraan.


Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.


Beberapa Bentuk Lagi

Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-


1) Rasuah dalam memilih
: Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.


2) Mencipta 'quotation' sendiri
: Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan

Hukum : Haram kerana menipu.


3) Menaikkan Harga
: Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.


4) Menang Tender Bersyarat
: Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.


5) Tuntutan Palsu
: Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.


6) Resit Harga Ciptaan
: Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.


7) Ambil Untung Sendiri
: Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.


8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri
: Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.


Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yan gterlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Kempen protes rakyat terhadap kenaikan cukai tanah esok

Helmi Khalid

KUALA KEDAH, 25 Okt (Hrkh) - Hasil kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dengan Jawatankuasa Khas Semakan Kenaikan Cukai Tanah, Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen mengumpul tandatangan rakyat di Pasar Besar Alor Star, Jalan Lencong Barat, pada 26 Oktober ini (esok).


Menurut Ketua Penerangannya, Ramli Shafie, kempen ini telah dijalankan di beberapa kawasan perumahan dan pada 26 Oktober ini bermula jam 9.00 pagi adalah kemuncak kempen mengumpul tandatangan tersebut dan bakal diserahkan kepada PAS Kedah.

"Kempen ini mendapat respon yang baik, ini adalah tanda bantahan rakyat terhadap kenaikan cukai tanah yang terlalu tinggi selepas Alor Star dinaikkan taraf sebagai Majlis Bandararaya.

"Kenaikan amat melampau, ada yang mencecahkan melebihi 300 peratus dari kadar asal, jadi apabila semua masyarakat menganggap ia adalah satu bebanan, selepas PAS Kedah melancarkan kempen kumpul tandatangan sebagai tanda protes, Pemuda Kuala Kedah memilih pasar besar tersebut sebagai destinasi terakhir kempen," ujar beliau.

Menurutnya, pihaknya akan membuka tiga kaunter di sekitar pasar itu pada 26 Oktober ini iaitu di hadapan pintu masuk utama sebuah pasar raya di pasar berkenaan, berdekatan deretan rumah kedai dan pintu masuk berhampiran gerai santan.

"Kita tidak ada pilihan lain selain membantah, kenaikan boleh dibuat, tetapi bukannya kenai cukai yang membebankan rakyat, padahal khidmat majlis Bandaraya makin buruk setiap hari, kita akan bantah hingga ada satu semakan baru dibuat oleh MBAS selepas ini," sambungnya lagi. - mks.

Pampasan RM237 juta untuk pembatalan Jambatan Bengkok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Kerajaan telah meluluskan pembayaran pampasan sebanyak RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak lama dahulu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, seperti dilaporkan Bernama.

"Jumlah ini termasuk tuntutan bayaran kerja yang telah dilaksanakan di tapak, yang berjumlah RM55 juta menjadikan jumlah sebenar pampasan adalah sebanyak RM237 juta," katanya menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang).

Dr Hilmi berkata sebagai alternatif kepada pembatalan kontrak jambatan bengkok itu, kerajaan kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri bagi membina laluan tetap yang menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin.

Beliau berkata kerajaan menamatkan dua buah projek iaitu pembinaan jambatan tersebut dan pembinaan Loji Rawatan Terminal Sisa Pepejal di Broga, Selangor sepanjang lima tahun lepas.

Namun bagi projek insinerator di Broga, jumlah bayaran pampasan masih belum diputuskan dan kerajaan sedang dalam proses membuat semakan dan perbincangan dengan pihak kontraktor berkenaan, katanya.

"Pada masa ini sisa pepejal dari kawasan Kuala Lumpur dilupuskan ke tapak pelupusan di Bukit Tagar," katanya.

Menjawab soalan Dato' Goh Siow Huat (BN-Rasah), Dr Hilmi berkata kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan bandar Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai kawasan zon perdagangan bebas.

Bagaimanapun Port Dickson akan dibangunkan sebagai zon kesihatan untuk menarik lebih ramai pelancong bagi tujuan perubatan, katanya.

Maklumatnya Singkat, Maksudnya Padat

Artikel Oleh Ruhanie Ahmad

aDi bawah ini saya bariskan lapan cebisan berita singkat untuk renungan kita semua.

Abdullah Tak Keluar Negeri?

Perdana Menteri dijangka tak akan keluar negara dalam tempoh tiga bulan mulai sekarang? Benarkah info ini? Mengapa? Dah puas belayar kapal di Australia Disember lalu waktu ribuan orang Johor hempas pulas dilanda banjir besar? Atau, nak siap-siap adakan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)?


Keyveas Makan Anak Tebuan?

Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP. Datuk M Keyveas pula seolah-olah termakan anak tebuan garangnya. Kenapa dan apa latarbelakangnya kisah ini ?

Bahagi Kerusi Khamis Ini?

Komponen BN akan berhimpun di PWTC petang Khamis ini untuk urusan membahagi-bahagikan kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12. Betul ke? Mungkinkah sengatan Datuk Seri Ali Rustam ke atas PPP baru-baru ini jadi isu yang amat bisa?

PRU12 Hujung November?

Raja Petra Kamarudin menulis dalam column The Corridors Of Power, Malaysia Today: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka umumkan PRU12 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 9 November 2007 ini. Seorang toyol hantar mesej sebentar tadi, mengatakan ramalan RPK itu mungkin 90 peratus jadi kenyataan. Betullah kata feng-sui tu ya?

Dua Puak Senaraikan Calon?

Ada dua puak BN sedang aktif menyediakan senarai calon PRU12. Siapakah mereka? Kenapa sampai jadi begitu?

Siapa Main Politik?

Perhimpunan sehari wakil-wakil rakyat BN (negeri dan pusat) di Putrajaya Convention Centre dijadualkan 19 Oktober 2007 lalu dibatalkan di saat akhir. Kenapa? Benarkah kerana ada politicking di sebalik pembatalan ini? Siapa main politik?

Dua Menteri Gawat?

Dua orang menteri kita sedang dicengkam masalah peribadi yang amat gawat akibat keterlanjuran mereka sendiri. Anda akan terkejut besar kalau tau kisah ini. Siapa mereka? Apa sebenarnya cerita mereka?

Pasal Dia Orang Singapura?

Polis dah edar fotofit lelaki keturunan Cina yang disyakki melakukan rompakan di sebuah kedai jam branded di Suria KLCC pada senja menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Kenapa berita tu sepi sahaja tanpa susulan? Kerana yang terbabit mungkin rakyat Singapura?

Cerita di atas bukan gossip. Kesemuanya ori dan benar. Anda yang mengetahui kisah lanjut mengenainya harap tak keberatan untuk berkongsi cerita melalui blog ini. Terima kasih.

Kempen pilihan raya Australia 42 hari, Malaysia 8 hari sahaja!

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar Suruhanjaya Pilihan raya mencontohi negara rakan komenwel Malaysia, yakni Australia yang berkongsi warisan pentadbiran Inggeris (Westminster)

Pada 14 Oktober lalu, Perdana Menteri Australia, John Howard membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pengundian yang akan berlangsung pada 24 November, 2007.

Ini bermakna, parti-parti politik yang bertanding di Australia mempunyai jangkamasa kempen yang panjang selama 42 hari dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada pengundi-pengundi mereka berdasarkan perlembagaan Australia yang menyatakan tempoh berkempen ditetapkan minima selama 35 hari atau lima minggu.

"Malangnya, di Malaysia, keadaan berlaku sebaliknya; terkebelakang. Dalam pilihan raya persekutuan pertama Malaya pada tahun 1955, tempoh pilihan raya ialah 42 hari. Ia dijalankan selama lima minggu atau lebih kurang 35 hari bagi tiga pilihan raya awal (1959, 1964, dan 1969) selepas kemerdekaan; dan dipanjangkan tempoh tersebut selama dua minggu pada pilihanraya 1974, 1978 dan 1982," kata jurucakap Bersih , Animah Ferrer dalam satu kenyataan di sidang media Bersih di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut Isnin lalu.

Beliau yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Mahathir Mohamad jangkamasa kempen bagi empat pilihan raya berikutnya (1986, 1990, 1995, 1999), pilihan raya diadakan sama ada sembilan atau sepuluh hari sahaja. Kemudian ada pilihan raya 2004, tempoh kempen pilihan raya dipendekkan lagi kepada lapan hari sahaja.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya, Tan Sri Rashid Abdul Rahman ada memberi isyarat bahawa pada pilihan raya akan datang ini, negara mungkin mempunyai tempoh kempen yang lebih panjang daripada PRU sebelum ini, sungguhpun begitu ia "tidak melebihi dua minggu".

Justeru, Bersih mendesak supaya satu tempoh kempen pilihan raya yang adil selama 21 hari, separuh daripada apa yang pernah dijalankan pada 1955 bagi memberi laluan kepada para pengundi mengenali calon-calon serta meneliti bahan-bahan kempen yang dibawa dalam kempen masing-masing.

"Tempoh tersebut adalah penting terutama sekali bila mana media elektronik perdana hanya bersebelah pihak dalam liputan-liputan mereka. Satu jangkamasa yang lebih panjang akan memberikan satu lapangan yang lebih adil dan memberi peluang kepada warganegara supaya mereka dapat meneliti calon-calon mereka dalam satu wadah yang lebih bermakna," tegasnya mengakhiri kenyataan akhbar tersebut.

Mutakhir ini, pelbagai pihak sedang berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum yang dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Bahkan ada yang menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen sebelum selesainya pembentangan Belanjawan 2008. - mr

2007/10/22

TERKINI DARI MESIR!

Al-Fatihah!


Al-Fatihah buat mangsa kemalangan jalan raya, Allahyarham Zaid bin Mahammad yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Malau, Jitra Kedah. Allahyarham merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan dalam jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Tanta.

Pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah serta seluruh rakan-rakan seperjuangan Allahyarham mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan solihin. Al-Fatihah!

sumber dari portal rasmi Majlis Kebajikan Negeri Kedah

2007/10/21

Sahih! Wujud Penyelewengan Dalam Daftar SPR Selama Ini.

Posted on Saturday, October 20 @ 21:45:08 MYT by greenboc
Komentar aKenyataan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor (gambar), ada antara Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantiknya menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran telah menurunkan tandatangan palsu pada borang pendaftaran membuktikan kesahihan dakwaan memang wujud penyelewengan di dalam daftar SPR.

Untuk menutup kelemahan SPR, Kamaruzaman menyatakan, ""Tindakan tidak jujur segelintir PPP itu menyebabkan SPR dikecam pihak tertentu yang mendakwa Daftar Pemilih disediakannya tidak lengkap dan bersih, bahkan ada menuduh ia bertujuan memberi kelebihan kepada parti tertentu."

Pegawai terbabit dikesan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada, yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002.

Pada 7 Julai lepas, Yang Dipertua PAS Serdang Dr Shafie Abu Bakar mendedahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Selangor telah memindahkan lokaliti 1,402 pengundi dari kawasan Hulu Langat dan Kajang ke Serdang dan Bangi, Selangor supaya dapat mengurangkan sokongan dan undian kepada Barisan Alternatif (BA) pada pilihanraya umum akan datang.

Tindakan ini telah dilakukan secara sembunyi pada tahun 2005, setahun selepas pilhanraya umum 2004 tanpa pengetahuan para pengundi yang terlibat dan dijangka akan mengakibatkan kekeliruan termasuk mengulangi sejarah 'kekecohan' pada hari pengundian berikutan daftar pemilih yang berbeza pada saat akhir seperti yang pernah berlaku di Gombak, Selangor.

Pengendalian perjalanan pilihan raya umum dan beberapa pilihan raya kecil di negara ini telah dipertikai oleh pembangkang terutamanya yang melihat SPR sebagai agen bagi Umno dan BN untuk mengekalkan kuasa.

Di dalam pilihan raya 2004, terdapat laporan mengenai kehilangan 10,245 kertas undi bagi Parlimen Kuala Terengganu; bagaimanapun Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika itu hanya menyatakan kehilangan itu kerana pengundi membawa pulang kertas undi sebagai koleksi kenang-kenangan.

Kenyataannya itu telah diselar oleh pelbagai pihak termasuk wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), R.Sivarasa.

Mengulas lanjut kenyataan Abdul Rashid, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR itu sebenarnya sengaja tidak mengendahkan perkembangan-perkembangan terkini di mana Mahkamah-mahkamah telah menyatakan dengan jelas peranan yang sepatutnya dimainkan oleh SPR dalam menjayakan pilihan raya secara keseluruhan.

Malah kenyataan Abdul Rashid itu, tegas beliau hanyalah untuk menyelamatkan SPR yang sebenarnya diperkudakan oleh BN untuk mengekalkan kuasa.

Pengerusi SPR itu sebenarnya menjawab bagi pihak BN dan dalam banyak kes membuktikan bahawa pengendalian pilihan raya oleh SPR sebenarnya hanya menyebelahi pihak BN, katanya.

Sebagai contoh katanya, pada tahun 2001, Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan Pilihan Raya bagi Likas, Sabah atas alasan senarai pemilih bagi pilihan raya yang diadakan pada tahun 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang kerana adanya pengundi hantu dibenarkan mengundi pada hari pembuangan undi.

Dalam penghakimannya, Muhammad Kamil telah menyatakan bahawa SPR gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam mengesah, menggazet senarai pemilih yang mencurigakan di samping banyak laporan yang dibuat ke atas kepincangan SPR, katanya.

Begitupun selepas penghakiman tersebut, kerajaan dengan kerjasama SPR membuat pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1954 pada bulan Jun 2002 di mana senarai pemilih yang disahkan atau disahkan semula oleh SPR dianggap muktamad dan diterima, kata Sivarasa.

WPI perlu dihalang kerana tidak untungkan rakyat

Posted on Saturday, October 20 @ 19:17:24 MYT by greenboc

Artikel Oleh Salman Hussin

saPASIR GUDANG, 20 Okt (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, memberi kata dua kepada rakyat Johor dalam usaha untuk menghalang projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) daripada terus dilaksanakan.

"Beri mandat kepada PAS untuk mentadbir negeri ini atau hantar lebih ramai wakil Barisan Alternatif (Ba) di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran buku kecil berkaitan WPI oleh Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, di Taman Saujana Masai, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, sekiranya rakyat Johor memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri ini maka kita akan mengkaji semula projek WPI ini, sama ada ianya perlu diteruskan atau dibatalkan sama sekali.

"PAS tidak sekali-kali menolak pembangunan sebaliknya jika pembangunan itu tidak menguntungkan rakyat dan negara maka ianya tidak wajar dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi jika disebabkan kerana hendak mengejar pembangunan yang belum tentu menguntungkan rakyat dan negara sedangkan pada masa sama kita terpaksa menggadai maruah dan kedaulatan negara semata-mata untuk mengejar pembangunan ini," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian Kelantan, mengharapkan supaya rakyat Johor dapat menghantar lebih ramai wakil dari Barisan Alternatif di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

"Kalaupun PAS tidak diberi mandat untuk memerintah negeri ini tetapi dengan adanya wakil yang ramai di dalam Dun Johor maka sudah tentu suara kita akan menggerunkan mereka," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar rakyat di kawasan yang terbabit dengan projek WPI ini supaya tidak memberi undi kepada BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Ini sebagai tanda protes bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap projek WPI ini, rakyat terutama orang Melayu perlu bijak menggunakan kuasa undi mereka untuk menyatakan bantahan melalui undi semasa pilihan raya diadakan," katanya.

Justeru katanya, rakyat Johor khususnya yang berada di kawasan yang terbabit dengan projek WPI mestilah berani menyatakan bantahan semasa pilihan raya nanti. - mns

ECER: DPMMT bimbang anak Terengganu jadi pemerhati

Awang Harun
Sun | Oct 21, 07 | 11:40:35 am MYT

MARANG, 21 Okt (Hrkh) - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) menyambut baik serta menantikan pelaksanaan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Oktober di negeri ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Namun begitu, kebimbangan turut terpancar kerana dikhuatiri anak tempatan terpinggir serta sekadar menjadi pemerhati.

Yang DiPertuanya, Dato’ Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata DPMMT menaruh harapan yang tinggi agar pembangunan itu dapat meningkatkan usahawan tempatan di negeri ini.

Katanya, 95 peratus usahawan tempatan di negeri ini adalah berbangsa Melayu yang perlu diberi perhatian dan fokus utama.

“Antaranya, penglibatan anak tempatan yang mana ianya diberi tumpuan kepada usahawan tempatan kerana jika ia terbuka, kita bimbang orang Melayu akan menjadi lemah dan ketinggalan,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada penghuni Rumah Sejahtera Taman bahagia Bukit Payong, baru-baru ini.

Katanya, sejumlah RM112 bilion akan dilaburkan dalam Koridor Pantai Timur (ECER) itu dan 40 peratus daripadanya dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur dan pengangkutan.

Menurutnya, penglibatan dalam pembangunan ekonomi mungkin sukar bagi rakyat tempatan kerana kurang kepakaran tetapi boleh dalam infrastruktur dan pengangkutan.

“Saya lihat jika penglibatan dalam pembangunan ekonomi mungkin rakyat tempat sukar untuk menyumbang kerana kurang keupayaan.

“Sebab itu, saya harap dalam pembangunan infrastruktur dan pengangkutan diberi keutamaan kepada anak tempatan supaya kita bukan sekadar menjadi pemerhati,” ujarnya. - mns

Hapus Yuran - Bajet 2008 ternyata menipu rakya

Basiron Abdul Wahab
Thu | Oct 18, 07 | 11:03:25 am MYT

Malang sungguh bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak sedang belajar di sekolah rendah dan menengah ditipu kerajaan Malaysia melalui Bajet 2008 yang memansuhkan yuran persekolahan mulai sesi pengajian Januari depan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Media cetak dan eletronik pengampu menggambarkan penghapusan yuran persekolah itu suatu hadiah kepada rakyat, media menemuramah ibu bapa pelajar dan menyiarkan komen positif terhadap pengahapusan yuran pesekolahan itu.

Ada yang mangatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat dari kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji Perdana Menteri setinggi langit kerana membentangkan bajet pemurah itu.

Namun realitinya bukanlah sebagaimana yang dihebohkan, nilai yuran yang dimansuhkan itu hanya RM4.50 (sekolah rendah) dan RM9.00 (sekolah menengah) setahun atau hanya 0.38 dan 0.75 sen sebulan!.

Apakah nilai itu dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat?

Hanya orang tidak siuman sahaja yang menilai 0.38/0.75 sen sebulan sebagai tinggi yang boleh memberi nilai tambahan kepada. Itu lah digambarkan oleh media serta individu yang diwawancara. Sunggu bengong mereka itu!.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar menasihatkan ibu bapa supaya jangan terkeliru (dengan penghapusan yuran persekolahan seperti disebutkan didalam Baget 2008).

Noh dilaporakan berkata ibu bapa hendaklah memahami hanya yuran persekolahan (bernilai 0.38 dan 0.75 sebulan) itu sahaja yang dimansuhkan manakala bayaran lain tetap tidak berubah.

Ertinya ibu bapa tetap akan membayar ratusan ringgit untuk pelbagai yuran sekolah pada hari pertama persekolahan anak mereka nanti

Itu lah realitinya, beban ibu bapa tetap tidak berhapus dengan pengumuman Bajet 2008 yang menghapuskan yuran sekolah!.

Penjelasan Noh itu adalah jawapan tepat terhadap terhadap rakyat bahawa kerajaan sebenarnya telah menipu dan mengelirukan rakyat dengan mewar-war pemansuhan yuran perseolahan didalam baget 2008 lalu sedangkan hakikat sebenarnya kerajaan tidak bersedia untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Malaysia adalah negara pengeluar minyak tetapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana pada ketika harga minyak dunia naik mendadak kerajaan pula mengurangkan subsidi minyak kepada rakyat menyebabkan harga minyak dipasaran tempatan naik dan rakyat menanggung kos hidup sara yang lebih tinggi manakala syarikat minyak negara (Petronas) mengaut untung berlipat kali ganda.

Keuntungan petronas kira-kira RM70 billion pada tahun lalu tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Rakyat akan menerima manfaat daripada kebaikan harga minyak jika sebahagian kecil daripada keuntungan petronas itu disalur sebagai subsidi pelajaran yang dapat memberi pendidikan percuma kepada generasi muda.

Bagaimanapun kerajaan lebih suka membelanja keuntungan hasil minyak anugerah Tuhan itu untuk kegiatan kurang bermanfaat seperti menganjur perlumbaan kereta Formula 1 dan membina bangunan tertinggi di dunia (satu waktu dulu). menara berkembar Petronas.

Jelas sekali pemberian Allah melalui penemuan minyak dan gas diperut bumi negara ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

Bebeza dengan sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak dimana rakyatnya mendapat pendidikan percuma dari peringkat rendah hinggalah keperingkat tertinggi. Ia bertujuan untuk melahirkan warga negara berpendidikan dan berilmu.

Jika pemimpin bercakap soal modal insan….ini lah masanya untuk menggunakan kekayaan minyak dengan memberi pendidikan percuma kepada rakyat sekurang-kurangnya setakat sekolah rendah dan menengah.

Kerajaan boleh melakukanya jika mahu jangan biarkan hasil minyak anugerah Allah itu diguna untuk membiayai perkara tidak perlu atau untuk memenuhi nafsu pemimpin yang berkuasa.

Ingat Minyak adalah anugerah Allah, bila-bila masa Allah boleh menarik balik nikmatnya sebagaimana berlaku kepada Iraq! - mr

subhanallah

2007/07/25

Jangan berahsia ambil anak angkat

Jangan berahsia ambil anak angkat


“Mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu baginda mengambil anak angkat iaitu Zaid bin Haritsah sejak zaman jahiliah (pada masa ini amalan pengambilan anak angkat dan dijadikan anak sendiri tersebar luas), Zaid waktu itu seorang anak muda yang ditawan sejak kecil dalam salah satu penyerbuan jahiliah, yang kemudian dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk diberikan ibu saudaranya yang bernama Khadijah dan selanjutnya diberikan oleh Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w sesudah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah.
Setelah ayah dan bapa saudara Zaid mengetahui tentang hal tersebut, mereka datang kepada Nabi dan meminta anaknya kembali tetapi Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Zaid sendiri yang membuat keputusan. Namun Zaid lebih senang memilih Nabi sebagai ayah daripada ayah dan bapa saudaranya sendiri. Nabi Muhammad mengisytiharkan Zaid sebagai anak angkat baginda di hadapan orang yang ramai pada masa itu.
Maknanya, mengambil anak angkat tidak boleh dengan cara sembunyi atau rahsia sehingga anak itu sendiri tidak mengetahui asal keturunannya kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti nasab, pewarisan harta pusaka, wali nikah dan sebagainya.
Dari aspek psikologi pula, sudah tentulah anak angkat akan merasa rendah diri berbanding anak kandung melainkan dia satu-satunya anak dalam keluarga, tetapi peranan ibu atau bapa angkat ialah memastikan anak angkat yang dipelihara dibina dengan kasih sayang yang ikhlas seperti pertautan antara ibu dan bapa yang sebenar.
Jangan pula ditatang berlebihan kerana ada juga masalah yang
akan timbul seperti besar kepala, tidak menghormati dan sebagainya, samalah juga seperti anak kandung”.

Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
subhanallah

PilihanRAyaTurki

Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen yang telah diadakan pada 23 Julai lalu.

Kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat Turki yang keluar mengundi tidak ragu-ragu untuk memastikan Parti AK mencapai kememangan mutlak agar sistem pentadbiran negara dapat dijalankan berasaskan Islam walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak yang cuba menggagalkan kemenangan AK.

Pelbagai lapisan rakyat sokong kemenangan AK

Dalam laporan akhbar arus perdana Turki, Cumhuriyet menyebut, bahawa pilihan raya kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang Yahudi, Kurdis, golongan remaja dan penyokong Parti Saadat memberi undi buat AK untuk menang besar dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun.

Menurut laporan itu lagi, terdapat sebelas parti yang bertanding dari pelbagai aliran kefahaman setelah berjaya mengikut peraturan sistem pilihan raya Turki yang mewajibkan setiap parti yang bertanding meraih sokongan sepuluh peratus dari suara pengundi.

Calon setiap parti dipilih oleh pucuk pimpinan masing-masing untuk bertanding atau calon-calon itu dipilih berdasarkan pemilihan dalam pertandingan antara anggota parti masing-masing, bagi yang menang barulah dicadangkan untuk mewakili parti dalam pilihan raya peringkat kebangsaan.

Keputusan penuh pilihan raya parlimen yang diumumkan SPR Turki semalam yang menawarkan 550 kerusi untuk dipertandingkan, tetapi hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi, Parti Republik Rakyat (Sekular) - 112 kerusi, Parti Tindakan Nasionalis (Nasionalis) - 70 kerusi dan Parli Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) sebanyak 27 kerusi.

Kemenangan AK tanda sokongan rakyat kepada Islam

Dalam sidang akhbar sejurus pengumuman keputusan, Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan berjanji kepada para pengundi dan penyokong parti AK khasnya, bahawa pihaknya tidak akan berganjak dari merealisasikan prinsip asasi bagi sebuah negara republik, terutamanya bagi memulihkan sistem ekonomi dan demokrasi dalam pelbagai aspek.

ImageKeyakinan itu disampaikan kepada para pengundi bagi menyatakan bahawa parti AK akan terus memelihara nilai dan penghormatan kepada semua rakyat berasaskan semangat republik yang bertunjangkan aliran Sekular, namun kenyataan beliau itu hanyalah sebagai satu cara bagi meredakan kemarahan para pengundi dari berbagai-bagai aliran kefahaman, kaum dan pegangan yang menyokong AK.

Keputusan pilihan raya 2007 menunjukkan bahawa AK memperolehi kenaikan sokongan 12 peratus berbanding pilihan raya 2002, ini menunjukkan bahawa imej isteri Erdogan dan Abdullah Gul yang bertudung tidak menghalang sokongan pengundi kepada Islam walaupun rakyat Turki umumnya mendapat pembelajaran sistem Sekular sejak puluhan tahun selepas Turki jatuh ke tangan pengkhianat Islam Mustafa Kamal Attartuk pada 1924.

Kemenangan AK juga terserlah di beberapa wilayah yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam seperti di wilayah Samsun dengan meraih 57 peratus, Ordu 54 peratus, Rize 53 peratus, Kastamonu 39 peratus dan Sinub 43 peratus.

Peranan media yang adil beri kemenangan pada AK

Media di Turki sama ada yang bersifat cetak atau eletronik mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat di Turki, ia dianggap oleh para pemerhati politik sebagai kuasa keempat selepas presiden, perdana menteri dan timbalannya.

ImageMedia di Turki juga dianggap mempunyai kuasa yang amat berkesan seperti al-Quran oleh sesetengah individu masyarakatnya, justeru tidak hairanlah ia ditatap setiap hari seperti kitab suci al-Quran itu sendiri.

Di Turki, terdapat kira-kira 3,500 akhbar cetak dan lebih 300 stesen televisyen dari pelbagai aliran dan pendekatan, masing-masing menyiarkan laporan berita yang penuh dengan semangat keadilan dan jauh dari sifat penipuan, ini kerana apabila bahan yang disiarkan itu tidak tepat atau terdapat penyelewengan, maka ia akan dipulaukan, akibatnya ia tidak akan disokong oleh orang ramai dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian kos serta membayar gaji pekerja.

Dalam isu pilihan raya, setiap media menyediakan bahan segar dan tepat buat pengetahuan orang ramai, mereka melakukan pertimbangan wajar hingga kebenaran berpihak kepada Perdana Menteri, Erdogan yang banyak melakukan perubahan sepanjang lima tahun pemerintahan, jika terdapat laporan yang tidak tepat, maka media yang menyediakannya mendapat kritikan dan menanggung risiko.

Dalam laporan mengenai sepanjang perjalanan pilihan raya, setiap media melaporkan kebaikan Parti AK pimpinan Erdogan yang peka dan prihatin terhadap isu rakyat dalam pelbagai aspek, ia bukan sahaja menjadi bahan kempen pilihan raya oleh media, malah sebagai realiti yang telah dibuktikan sepanjang memerintah selama lima tahun, laporan berkenaan menjadi batu loncatan kepada kemenangan AK.

Justeru, menurut beberapa ketua pengarang media cetak terkemuka di Turki, menyebut bahawa bedah siasat yang dijalankan pada pilihan raya kali ini, mendapati bahawa laporan media cetak dan eletronik telah menjalankan tugas media sebenar dalam laporan yang dihasilkan, ia bukan sahaja memenuhi berita atau kempen parti memerintah, malah semua parti yang bertanding juga mendapat liputan meluas dilakukan oleh pihak media dengan adil dan saksama walaupun kelemahan Erdogan terpaksa didedahkan tanpa sebarang ugutan.

Masa depan Islam di Turki cerah

Menurut para pemerhati politik, Islam akan kembali cerah dengan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK), walaupun Erdogan terpaksa menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan tetap menerapkan sistem sekular dalam pentadbiran negara, namun ia sebagai satu kaedah bagi meredakan kemarahan rakyat yang sudah sebati dengan fahaman tersebut yang disifatkan sebagai tidak Islam dalam semua hal.

Cabaran yang menanti calon-calon AK amat berat dalam menyampaikan risalah Islam selepas dibentuk kerajaan baru, persoalannya di sini, apakah benar semua calon-calon AK mempunyai wawasan yang sama seperti yang dimiliki oleh Erdogan, Abdullah Gul atau Dr Nejmetin Erbakan.

Jika masing-masing berperanan dan memahami tanggungjawab selepas dipilih dalam pilihan raya, maka tugas untuk mentarbiah rakyat sedikit demi sedikit ke arah memahami Islam akan dapat diterima, tidak mustahil satu hari nanti Islam akan dapat diterima sebagai cara hidup rakyat Turki secara menyeluruh, tidak kira dari golongan yang mahukan Islam, Sekular, Yahudi, golongan remaja, wanita yang tidak bertudung dan lain-lain, kerana Allah SWT menjanjikan yang terbaik kepada hamba-Nya yang mahukan agama-Nya tertegak di muka bumi ini.
SUMBER DARI : TRANUNGKITE.NET

2007/07/23

Hukum Islam, Fitrah & Aqal Manusia

Hukum Islam, Fitrah & Aqal Manusia

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Islam adalah sebuah cara hidup yang amat bertepatan dengan fitrah manusia. Setiap hukum yang diletakkan oleh Allah SWT adalah bertujuan membawa kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari kemudaratan samada yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera dan logik aqal manusia atau tidak.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut, tidak mungkin akan dijumpai satu arahan Allah dari sumber nas Al-Quran atau hadith nabi yang merupakan perkara mustahil. Jika ada, sudah tentu samada dalil dari hadith itu kurang sohih atau aqal manusia masih gagal mencari hikmah dan kebaikan yang terselindung disebaliknya. Hal ini juga telah lama disebut oleh Imam Izzuddin Abd Salam dalam Qawaid al-ahkam fi masalihil anam dan juga oleh Imam Ibn Taymiah dalam kitab khasnya yang menghuraikan isu ini.

"Tapi ustaz, ada juga beberapa benda yang Islam larang, tapi saya rasa memberi manfaat kepada manusia" tegas seorang doktor perubatan kepada saya di sebuah masjid selepas mendengar kuliah saya.

"Boleh bagi contoh" tanya saya

"Contohnya kenapa Islam perlu menghalang seorang wanita dalam ‘iddah berkahwin lain setelah bercerai dengan suaminya, jika Islam inginkan rahim isteri itu bersih dari suami, bagaimana jika sudah ada teknik yang boleh mengesahkan rahim tersebut tiada benih suaminya, adakah Islam akan haruskan?" Tanya doktor itu lagi.

"ye, masih dilarang" kata saya ringkas

"Itu lah yang saya maksudkan nampak macam bertentangan dengan kebaikan, sedangkan isteri tadi mungkin perlukan teman dengan segera agar tak terjebak dengan maksiat pula, malah rahimnya juga telah disahkan bersih" Hujah doktor tadi mengasak saya.

"Mudah saja, sebab Islam menghalalkan Ruju' (kembali) bagi suami selama masih dalam tempoh iddah, rujuk tidak perlu kepada aqad nikah baru. Tempoh ‘iddah adalah satu bentuk ‘masa istimewa' buat suami untuk memikirkan samada ia benar-benar tidak boleh bersama lagi dengan isterinya lagi atau ia tersilap membuat keputusan menceraikannya" saya menerangkan.

"Tempoh waktu ini amat diperlukan oleh fitrah manusia yang perlukan masa untuk menenangkan diri dan berfikir tentang sesuatu dengan lebih matang dan waras, keperluan ‘iddah bukan hanya bergantung kepada isu rahim kosong dari benih suami atau tidak sahaja, itu hanya salah satu dari objektif ‘iddah yang cuba dilontarkan oleh ulama mazhab Hanafi" Tegas saya lagi.

Ciptaan Allah

Ajar Utamakan Nas dari Logik

Sebab itulah saya kurang bersetuju untuk kita mendahulukan logik aqal ketika cuba menyakinkan orang ramai tentang sesuatu hukum. Sewajarnya, kita ajar dahulu mereka dengan dalil dan ketetapan Allah. Selepas itu barulah diiringi dengan tambahan logik itu dan ini. Jika diajar, setiap hukum dengan logik, satu hari..pendakwah Islam akan terperangkap.

Bayangkan, saya selalu dengar, bila ditanya :

"kenapa Islam haramkan makan babi"

Ada yang akan menjawab, kerana babi itu ada kuman yang sangat merbahaya, dia makan najis, kotor dan lain-lain.

Benar, ia jawapan yang sangat baik. Tapi bagaimana jika satu hari pembunuh dan penawar kepada kuman babi dapat dihasilkan. Adakah kita ingin mengatakan.

Oleh kerana kuman dan segala mudarat babi tu telah berjaya dihapuskan, kini ia jadi halal ?

Dalam hal hukum yang tidak bergantung kepada 'sebab musababb khas' atau yang disebut juga sebagai 'illah, maka janganlah kita mempopularkan hikmah dan logik disebalik arahan sebegini ( khasnya dalam bab ibadah). Ia akan mengelirukan kelak.

Pendakwah Islam perlu memikirkan cara untuk membajai iman yang teguh kepada Allah, kasih kepada Allah dan keyakinan kepada segala arahannya walaupun tanpa logik. Ia perlu dibina terlebih dulu sebagai Nabi Saw sentiasa ingatkan sahabatnya dengan akhirat dan kematian dalam apa jua keadaan. Adapun cara lanjutnya, sama-sama kita fikirkan.

Sebagai contoh cara lanjutannya, saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya (www.saifulislam.com) yang specialized dalam bidang sikap, yang mengajak kita berfikir tentang akhlak sebagai salah satu cara berkesan dalam dakwah, jambatan kepada segala 'gap'. Kerana akhlak punyai kekuatan untuk mempengaruhi manusia walaupun tanpa logik. Punyai kekuatan pengaruhi manusia untuk tidak bersangka buruk bila di ajak.

Akhlak juga adalah salah satu punca untuk sampai kepada kasih. Orang berkasih, semua yang datang dari kekasihnya adalah baik. (Sebab tu ramai wanita yang kena rogol dengan orang yang dikenali dan dipercayainya - menurut statistik)

Demikian juga, bila sudah yakin dan percaya kepada kebijaksanaan dan rahmat belas Allah SWT, semuanya akan diterima samada ia logik atau tidak. Samalah macam bila sudah yakin dan kasih kepada seseorang alim, cakapnya akan lebih mudah diterima dari orang lain.

Demikian Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, yang menerima kebenaran Isra Mikraj baginda SAW walaupun ia tidak logik dek aqal, kerana ia adalah dari Muhammad Bin Abdullah yang amat amanah lagi berakhlak.

Menghayati Ciptaan Allah Boleh Beri Kesedaran Kepada KekuasaanNya

Fitrah, Tempoh Bertenang & Tidak Bertegur

Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.

Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari" ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah " ( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.

Imam An-Nawawi menyebutkan :-

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : "Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah" ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-

فتقدم المصلحة العامة على الخاصة

Ertinya : "Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi" ( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I'tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.

Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

Hakim, Fitrah & Tempoh Bertenang

Islam sangat mengambil berat perihal keadilan di dalam sebarang penghakiman. Walaupun demikian, Islam amat memahami hal keadaan seorang hakim yang ditugaskan menjaga keadilan itu. Walaupun sehebat dan sebijak mana sekalipun ia, Islam masih meraikan kelemahannya sebagai manusia yang terbatas kemampuan dan perasaan. Sebagai contoh jelas, Nabi SAW bersabda :-

لا يقضينّ حكم بين اثنين وهو غضبان

Ertinya : Janganlah sesekali seorang hakim menetapkan sesuatu hukuman di antara dua orang (yang sedang bertelagah) dalam keadaan hakim itu sedang dilanda perasaan marah" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2616 ; An-Nasaie, 3/474 )

Hukum larangan ini bertujuan memastikan keadilan di capai dalam apa jua keputusan. Sebarang perasaan tidak sedia seorang hakim seperti marah, mengantuk, pening, lapar, ingin ke tandas dan lain-lain yang boleh menganggu keputusannya, perlu dijauhi di ketika membuat keputusan penting melibatkan keadilan dua pihak. Demikian disebutkan oleh Imam Ibn Daqiq Al-‘Id dan Imam Ibn Hajar Al-Asqolani (Fath Al-Bari, 13/137)

Hukum ini menunjukkan ketrampilan Islam sebagai sebuah agama fitrah, yang sangat memahami keadaan fitrah manusia yang lemah dan mudah terkesan dengan suasana fizikal dan mentalnya.

Aqal Manusia Tidak Mampu

Allah SWT juga menegaskan bahawa aqal manusia juga tidak sebegitu canggih untuk mengenalpasti setiap yang baik dan yang buruk untuk dirinya dengan tepat.

Firman Allah SWT :-

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Ertinya : "dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah : 216)

Justeru, Islam sekali lagi mengajar kita agar tidak terlalu mengukur sesuatu menurut aqal semata-mata. Terdapat banyak perkara yang memerlukan penilaian iman bagi mencapai kebenaran.

Sedarilah, terlalu banyak perkara yang kelihatan baik untuk kita, menyebabkan sebahagian besar kita berasa marah apabila mengetahui ia adalah haram. Banyak pula perkara yang kita merasakan sukar dan tidak ‘best' tetapi ia wajib dijaga. Semuanya adalah untuk kebaikan kita.

"jangan makan tu" jerit seorang ibu kepada anaknya yang cuba makan sesuatu yang sudah basi.

"jangan keluar main waktu begini, panas ni tak elok" Kata bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun.

"Hari ini, tak boleh makan gula dan aiskrim" tentu kita kerap menyebut perkataan ini kepada anak kita.

"Cukup-cukup, tutup tv tu, dah panas dah dia" tegas seorang datuk kepada cucunya.

Pastinya kanak-kanak yang dihalang sedemikian mencebik dan adakalanya cukup benci dengan pantang larang ini.

Apakah sebabnya pantang larang ini dibuat? Adakah kerana dengki, agenda tersembunyi si ibu bapa dan datuk?

Jawabnya adalah kerana kasih mereka untuk memastikan kebaikan buat orang di bawah jagaan mereka. Kasih inilah agenda tersembunyi.

"eleh, kalau gitu, sebutlah elok-elok, ni tak kasar dan keras je" tegas seorang anak protes.

Kasar dan keras bergantung kepada teknik masing-masing. Nabi SAW juga pernah berkeras dengan sahabat. Seperti memboikot Ka'ab bin Malik dan 2 orang lagi kerana ‘ter'cicir mereka dari perang Tabuk.

Yang lebih penting adalah ia dilakukan kerana ilmu si ibu bapa lebih dalam dari pengalaman pendek si anak. Ia juga dibina atas rasa kasih dan ingin menjaga kanak-kanak itu. Tanpa kasih, ibu bapa akan membiarkan saja anak-anak itu buat apa yang disukainya tanpa larangan. Kesannya, anak akan menderita jangka panjang, gembira jangka pendek. Ibu bapa tadi pula dianggap tidak bertanggungjawab kepada anaknya.

Allah SWT maha bijaksana, lalu memberikan beberapa larangan dan arahan bagi keselamatan kita dunia dan akhirat. Hukum hakam seterusnya diulas oleh baginda Nabi SAW sebagai penjelas kepada apa yang dituurnkan Allah SWT. Selepas kewafatan baginda, dalam perkara yang tiada sebarang nas yang khusus, para sabahat baginda dan seterusnya para ulama akan membuat penelitian mendalam terhadap seluruh hukum yang telah ada lalu membuat perbandingan hukum (qiyas) bagi mengeluarkan apa jua hukum bagi masalah baru. Bersandarkan kepada ilmu al-Quran dan al-Hadith yang amat mendalam, mereka akan meneliti hikmah dari setiap hukum yang asal agar setiap hukum yang difatwakan bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya. Sudah pasti banyak larangan dan arahan ini yang bertembung dengan kehendak peribadi masing-masing. Yakinlah ia adalah baik untuk dunia dan akhirat kita. Belajarlah untuk meyakininya.

Ulama Tiruan

Benar, memang terdapat ulama tiruan, ‘mata duitan' dan macam-macam lagi gelarannya (moga dijauhkan Allah dari kita semua). Bagaimanapun, apa jua niat mereka, apabila mereka mengeluarkan sesuatu fatwa, yang pertama perlulah kita melihat kandungan saranan mereka terlebih dahulu serta hujjahnya.

Tidak lupa jua ahlaknya, tetapi jangan kerana rupanya kurang tampan, akhlaknya kurang baik, nadanya tinggi, wajahnya kelihatan sombong, lalu ditolaknya fatwa mereka tanpa sebarang pertimbangan.

Ingat juga, jangan kita kerap menyamakan orang lain dengan kita. Ada orang yang dirinya jarang sekali ingin berbuat baik kepada orang lain tanpa sebarang habuan dan upah. Semua mesti nak upah. Tiba-tiba dia ternampak ada orang lain berbuat baik, terus disangkanya sapa yang upah dia. "Mesti dia buat sebab nak upah punya pasal, berapa dia dibayar, dan pelbagai lagi"

Jangan, jangan fikirkan semua orang macam kita, jahat macam kita dan tak ikhlas macam kita. Melakukan ‘generalize' kelemahan yang ada pada diri kita dan mengganggapnya ada pada orang lain akan menyebabkan banyak sangkaan buruk berlaku. Kerap prejudis kepada sesiapa jua.

Kerana itulah Allah SWT menyifatkan individu yang mampu menahan sangka buruk dari orang Islam yang lain adalah salah satu sifat orang yang beriman.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا

Ertinya : "Adalah baik kiranya mereka mendengar (sesuatu berita) maka orang yang beriman lelaki dan wanita akan bersangka baik tentang sesama mereka.." ( An-Nur : 12)

Ayat ini menjelaskan secara tersirat, individu yang mudah bersangka buruk dengan apa jua kebaikan yang dilakukan oleh orang lain sebagai tidak ikhlas, untuk dapat habuan itu dan ini, jaga kedudukan dan lain-lain. Sebenarnya hanyalah memantulkan sifat dirinya sendiri, selain ia tidak menepati sifat seorang mukmin di sisi Allah. Maka jauhilah ia.

Redha Dengan Hukum

Hanya dengan keyakinan terhadap kebijaksanaan Allah SWT sahaja yang dapat menjadikan kita sebagai orang yang redha dengan hukum yang ditentukan oleh Nya. Allah menegaskan tiada pilihan aqal boleh masuk campur apabila sesuatu ketetapan hukum yang qati'e telah dibuat.

Sebagai hamba, kita diwajibkan menerimanya tanpa bantahan dan pilihan. Kecuali jika hukum itu tidak bersifat putus (Qat'ie). Untuk itu, seseroang yang ingin mempertikai perlu merujuk kepada mereka yang pakar bagi menentukan samada sesuatu hukum itu ‘Qa'tie' atau ‘Zhonni' sebelum ingin mempertikaikannya.

Firman Allah SWT :-

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

Allah SWT tidak akan mentaklifkan (meletakkan tanggung jawab) kepada manusia sesuatu arahan dan larangan yang mustahil mampu dikerjakan oleh manusia. (Al-Muwafaqat, As-Syatibi)

Semoga kita sedar Islam amat toleransi dengan kita, aqal kita pula memang kurang cukup bagi melihat kebaikan yang tersembunyi dan seluruh hukum Islam dibina atas fitrah buat keselamatan di dunia dan akhirat.

Sekian

U. Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Jun 2007

10 Jumada Al-Akhir 1428 H